Tinta Kehidupan: Aku dan buku...

Aku dan buku...

Aku memang suka membaca. Namun, secara jujurnya, minat dan masa membaca sudah berkurangan seara drastiknya saban tahun. Membaca di sini ialah membaca buku selain buku perubatan yang tebal dan menimbun itu. Huhu.


Sejak kecil, yang aku perasan buku-buku yang aku beli, kalau Bahasa Inggeris, adalah daripada genre English Literature. Oh, bukan Shakespeare totok. Buku-buku macam Oliver Twist, The Railway Children, Little Women dan sebagainya. Biasanya duit belanja hari-hari yang aku dapat, aku akan kumpul dan bila ke kedai buku MPH contohnya, aku akan ke sudut English Literature, membelek-belek buku dan tajuknya, berkira-kira samada mahu membelinya dan berkira-kira juga duit yang aku ada ketika itu. Harganya dalam RM4 ke RM8 sebuah. Jadilah! Aku tak minat buku lovey-dovey berbahasa Inggeris, science-fiction apatah lagi. 

Kalau buku Bahasa Melayu, sejak kecik aku dah ada koleksi buku Siri Salma (berwarna merah). Dulu ingat lagi masa di Sabah, sambil mendukung adik kecikku yang masih bayi ketika itu, aku berdiri membelek buku di sebuah kedai buku yang kecil. Tidak tahu samada minat membaca ini dapatku tanam dalam diri dia. Macam tak je!


~ antara tajuk buku yang aku ada ~


Suatu ketika, abah pergi berkursus. Bila abah balik, apa yang dia bawa pulang untukku adalah sekumpulan buku novel terbitan DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka). Masihku ingat cerita-cerita yang segar untuk budak berumur  9 tahun ketika itu. Yang paling aku tak lupa tajuk buku Tenggelamnya Kapal Van der Wijck oleh HamkaBuku-buku ini banyak yang aku ulang baca kerana tidak langsung membosankan.


~ muka depan yang sama, menarik! ~


Genre Bahasa Melayu yang aku suka antara lain adalah penulisan kreatif zaman kini. Penulis seperti Hlovate (yang aku telah ikuti penulisannya sejak dari zaman offline lagi), Khadijah Hashim (buku Laila Azwa Gadisku) adalah contoh karya yang menjdi kesukaanku. Pernah dengar tajuk buku Mira Edora? Adaptasi novel ini terhasillah sebuah filem bertajuk yang sama. Mungkin aku tidak perlu mengulas panjang lagi bak pengreview buku dan filem lagaknya. Aku syorkan kalian membaca buku-buku yang aku sebutkan di atas. Kalau aku teringat tajuk yang lain, nanti akan ditambah lagi.

Sejak duduk di Ireland, aku diperkenalkan dengan sebuah website kedai buku yang terkenal, BookDepository. Yang bestnya website ini menawarkan free delivery service ke serata dunia dan buku-buku yang dijual memang lagi murah daripada harga biasa., Sudah beberapa kali aku membeli buku dari website ini, memang bagus! Pos ke Malaysia juga pernah, memakan masa sedikit, dalam 2 - 3 minggu. Tapi apa kisah! Pos free dan dapat hadiah bookmark yang menarik lagi. Kalau nak tengok pilihan buku yang ada, klik BookDepository.

--------------------
Anda berminat nak beli buku dari website BookDepository tapi takde kad kredit? Jangan risau. Saya bersedia membantu! Ala-ala servis membeli buku gitu. but NO SERVICE CHARGE! Hehe...

Macam mana ye? 

Ikuti langkah-langkah berikut :

1. Pergi ke laman sesawang BookDepository dan pilih buku-buku yang diingini.

2. Emel saya di aimirahayu@yahoo.com dengan butiran berikut.

a- Nama penuh

b- Alamat kiriman buku (preferably alamat rumah bukan alamat pejabat atau PO Box)

c- Nombor telefon

d- Buku dan link buku dari laman BookDepository (link ini penting kerana satu-satu buku ada terbitan berbeza dan harga juga berbeza jadi pastikan link buku adalah sama dengan buku yang anda pilih)

e-Jumlah bayaran

(Cara mengira jumlah bayaran buku adalah seperti di berikut ;

Harga buku (dalam matawang EURO) x 4 (conversion rate - nilai tetap)

Contoh pengiraan ;
Katakan harga buku dalam EURO ialah 
EURO 2.3 . 

Maka jumlah bayaran anda kepada saya 
= (2.3 x 4.3) 
= RM 9.89

3. Jika jumlah bayaran dipersetujui, maka deal
is done! Masukkan duit tersebut ke akaun saya (nombor akaun akan diberikan dalam emel balasan).

4. Sit back and relax and wait for your book (s) to arrive! Postage is done straight from United Kingdom by BookDepository and delivery times are varies. Kesabaran amat perlu di sini. ;). Jika anda tidak menerima kiriman buku dalam masa sebulan atau lebih, boleh emel saya balik untuk tindakan lanjut.

Baca perihal laman ini di sini.

Easy peasy!

Jom baca buku!


~ koleksi buku hasil tangkapan Big Bad Wolf, bilalah nak habis baca? ~

--------------------

Iklan sat!

--------------------

Jika anda ada masalah wanita dan ingin bertanya, klik sini.

Jika anda ada masalah senggugut, miss V gatal-gatal, keputihan, dan sebagainya, BioSeleza boleh membantu. ;). Klik sini.

--------------------

No comments:

Post a Comment