Tinta Kehidupan: Part 1 : Oncall pertama sebagai HO/Intern

Part 1 : Oncall pertama sebagai HO/Intern

Sungguh gembira bila dah dapat tahu adik-adik yang dah habis belajar medic di Cork, Ireland dan ramai lagi dah nak start posting di Malaysia. Kalau di Ireland, posting internship dah bermula seawal bulan Julai lagi. Sistem di Ireland agak berbeza berbanding di Malaysia.

Sistem internship di Ireland hanyalah selama setahun sahaja, merangkumi enam bulan posting branch Medicine dan enam bulan branch Surgery. Baru-baru ni, dah start posting intern in Psychiatry, Obstetrics (ni dah lama maybe 5-6 tahun). Sebab apa? The same reason why kat Malaysia pun dah start shift system dan what not. Isu kebanjiran graduan perubatan melebihi kuota untuk pekerjaan.



Honestly, mungkin niat untuk sambung bekerja di Ireland sejurus selepas menamatkan pengajian perubatan dulu berkait dengan banyak sebab. nanti boleh share. Tapi setiap kali teringat balik interview sponsor MARA sebelum masuk KMB dulu, mesti teringat balik soalan orang tu.

" Lepas study nanti, kerja kat Malaysia ke kat sana?"

Dan aku dengan lajunya menjawab.

"Mestilah nak balik, tak nak duk lelama kt sana." (masa tu tak tahu lagi sana tu kat mana).

Dan akhirnya 9 tahun pun berlalu. ;]

Hari ni macam nak share pengalaman masa memula jadi intern dulu di Ireland.

Pengalaman 1

Aku start kerja sebagai seorang intern/HO di sebuah hospital di tengah Ireland. Dulu namanya Mid-Western General Hospital, Limerick namun sekarang setelah dikuasai oleh graduan-graduan perubatan daripada University Of Limerick, juga telah dijadikan hospital latihan untuk mereka, namanya juga sudah bertukar menjadi University Hospital Limerick.



1 Julai 2010 hari Khamis ialah hari pertama aku bekerja di sana. Sehari sebelumnya, aku datang untuk 'tagging' intern terdahulu yang bakal tamat, di mana aku bakal menggantikannya. Namun hampa!

Apa yang aku dapat bawak balik ialah bleep yang bakal aku gunakan esok hari. Bleep ini juga menarik, kerana nombornya 007. Ye betul. 007. Sungguh terasa menjadi James Bond untuk tiga bulan di situ. Seringkali juga pabila orang bertanya apa nombor bleep untuk dihubungi kembali, dan pabila aku mengatakan nombornya 007, aku perasan yang mereka ketawa kecil atau tidak percaya. Hehe.

Teringat kembali kisah oncall pertamaku.

Aku sudah oncall pada hari kedua bekerja. Dalam kekalutan, kepayahan dan ketakutan untuk berbuat silap, aku harungi juga. Aku yakin pengalaman inilah yang boleh menjadikan aku seorang doktor yang lebih baik di masa hadapan.

Oncall akan berakhir pada pkul 12 tengahari hari Sabtu itu. Aku melihat jam. Baru pukul 10 pagi. Aku bersama teman intern on-call membahagikan kerja di ward-ward hospital bagi memudahkan kerja intern yang akan datang menggantikan kami bermula dari ward yang paling atas sekali.

Kulihat senarai kerja yang ditulis oleh jururawat di kaunter luar ward. Aku mengira berapa banyak cannulation atau proses memasukkan drip yang harus aku buat. Dan menyediakan peralatan yang cukup untuk itu.



Seorang lelaki tua terbaring di katil aku dekati. Anak perempuannya sedang duduk membaca majalah di tepi katil. Aku sapa lelaki itu dan memulakan kerjaku untuk memasukkan drip atau cannula itu.

Peluh memercik di dahi dan hidung. Bayangkan setelah hanya mula bekerja dua hari hospital dan oncall, aku masih belum pro nak masukkan cannula (kalau suruh buat sekarang, dah tak payah tensen2 dah sebab dah agak pro... hehe).

Satu kali. Gagal.

Dua kali, Gagal.

Kali ketiga aku ingin mencuba, Anak perempuan lelaki itu bangun dan mula marah-marah kepadaku. Aku hanya melihat dan berdiri di situ. Kata-katanya seakan menidakkan kebolehan aku memasukkan cannula (which was true at that time) dan mengugut untuk memberitahu kepada doktor lain dan juga jururawat.

Aku tidak ingat samada aku berjaya memasukkan cannula itu atau tidak akhirnya. Namun apa yang masih segar dalam ingatan ialah usaha yang aku lakukan berulangkali dan juga wajah pakcik itu yang kesakitan kerana aku gagal menasukkan cannula dan melakukannya berulangkali.



Mesej yang aku ingin sampaikan simple je : Usaha sampai dapat. Usaha sampai berjaya. Dalam berusaha, pasti halangan datang. Tapi ini bukan untuk menerapkan mentaliti pesakit sebagai bahan uji kaji tapi di sebalik seorang doktor pakar itu, sudah tidak terkira ramainya bilangan pesakit yang sudah diperiksanya, sudah diambil sejarah kesihatannya dan sebagainya. Hasilnya sekarang, aku boleh masukkan drip/line/cannula ke dalam salur darah pesakit tanpa banyak masalah. Malah ada pesakit yang berterima kasih kerana tak rasa sakit langsung. Setiap kali aku bagitahu yang sama kepada mereka.

I have done this for four years. (can you imagine how many patients have gone through my failures of cannulation?) Teheeee ;]. 

Above all, I do believe, practice makes perfect.



Till then to pengalaman 2,3,4 di entry lain.

Yours truly,


No comments:

Post a Comment