Tinta Kehidupan: Pengalaman menaiki servis UBER Malaysia

Pengalaman menaiki servis UBER Malaysia

++++++++

Sebenarnya teman skeptik sangat.

Bila balik Malaysia, perasaan takut untuk keluar bersendirian dengan Ameer memang ada. Macam-macam berita penculikan dan berita jenayah saban hari kan.



Kalau teman sendiri keluar bila nak pergi window shopping di AEON atau pergi pos barang, pun begitu juga,

Berbeza ketika di Ireland dahulu, namun kehidupan perlu diteruskan. Hehe.

Chewaaaaah!

*****

Berbalik kepada tajuk entry ini, hari Khamis yang lepas (6 hari yang lalu), teman perlu membawa Ameer ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan. Abah Ameer tak dapat nak teman pada kali ini.

Teman berura-ura nak naik teksi, tapi tiba-tiba teringatkan servis UBER Malaysia ni.

Ting!

Nak tahu apa yang best pasal UBER ni? Meh teman cerita.

Ok. Benda yang pertama sekali teman buat ialah google Uber. Klik website uberdotcom ini dan daftar akaun macam biasa.

Teman download terus apps UBER daripada Google Play Store senang. Tengok gambar di bawah.


Isi details dan kad debit/kredit. Dan tahu tak! Nanti naik Uber ni dah tak payah bayar tunai. Terus ditolak daripada kad weyh. Ni point no 1. Boleh tukar cara nak bayar tambang teksi kat tab Payment di bawah ni. Card or cash.

Sesuai betul untuk teman yang selalu takde duit kecik dalam dompet (atau sebenarnya memang tak bawak duit pun dalam dompet... hoho!).

Dan sesuai juga untuk mereka yang handle anak kecik macam teman hari tu. Naik teksi, sampai tempat tujuan, terus turun je. (lepas ucap Terima kasih pada pemandu UBER tu la kan, jangan le jangok sangat terus turun menonong je hehe)

Point no 2. MURAH.

Err... tak caya?!!

MURAH gile. Nak tahu berapa pakcik teksi nak charge teman dari AEON TEBRAU ke HOSPITAL SULTAN ISMAIL yang sekangkang kera tu?  (Cer google! 1.42 km sahaja, 5 minit ikut trafik).

Pakcik teksi nak charge teman RM10 tau, tak pakai meter pun. UBER charge berapa? RM2.88 je.

Dan total 3 perjalanan pergi balik rumah-AEON TEBRAU, AEON TEBRAU ke HSI dan HSI ke rumah pakai UBER RM11+ je.

Hehe,

Apa point no 3 yang best?

Meh nak bagitahu ni. Korang tahu tak perjalanan UBER pertama dapat FREE? (Jadi jumlah fare trip kat atas RM7+ je sebab first trip tu FREE)

Nak FREE FIRST TRIP daripada UBER macam teman dapat? Klik gambar di atas ni.
Nak tahu camne nak dapat? Daftar ikut link yang teman bagi ni. FREE FIRST TRIP BY UBER
ditaja oleh Aimi Rahayu. hehehe.

xcaya?! daftar dan cubalah servis UBER Malaysia ni. Rasa-rasa lepas ni memang teman kaki guna UBER je la.


Tambahan pula ada point 4 yang lagi best, siap boleh jadualkan perjalanan seterusnya dengan UBER. Cayalah!


Dan kalau korang rajin, cer google dari semasa ke semasa kod kupon FREE RIDES naik UBER . Sape tak nak naik free? hehe. Rajin tak rajin je. (point 5 yang best)

Ok. nanti dah cuba kongsilah review korang ok!

P/S : Ni ada blog baru. Korang klik gambar di bawah ok! Blog tentang isu semasa kesihatan wanita ;)



No comments:

Post a Comment