Tinta Kehidupan: Of transgender, LGBT, lesbian and etc

Of transgender, LGBT, lesbian and etc

Rata-rata mungkin ramai yang sudah mengetahui akan berita terbaru tentang pengiktirafan keberadaan golongan transgender di Malaysia.

Terkejut?

Takut?


Lelaki berpakaian wanita kini dibenarkan di sisi negaraku tanahair tercinta. 


Antara yang menarik perhatianku dalam artikel berita tersebut:

1. Rujukan kepada pakar psikiatri telah menyebabkan mereka didapati mengalami Gender Identity Disorder (GID) atau Masalah Kecelaruan Jantina (ini frasa yang aku reka sendiri)

2. Mereka telah mengambil hormon untuk melebih'perempuankan' kejadian asal mereka iaitu lelaki.

3. Menggunakan nama yang lebih feminin

Cuma satu sahaja persoalan, adakah mereka sudah melakukan pembedahan pembentukan vagina?

Pesakit Lelaki 'Tersesat' Datang ke Hospital Untuk Wanita


Ini pengalaman sahihku sendiri, berlaku tahun lepas ketika aku berkhidmat di Cork University Maternity Hospital, Ireland. Hospital ini adalah khusus untuk wanita, yang memberikan perkhidmatan kepada pesakit merangkumi perbidanan dan sakit puan. Hospital ini khusus untuk wanita. (diulangi sekali lagi)

Pada suatu malam, ketika aku sedang sibuk mencatatkan sesuatu di dalam nota pesakit yang selesai kutemui di Emergency Room (ER). aku mendengar celoteh bidan (midwife) yang bertugas. Katanya ada seorang 'lelaki' yang datang ke hospital ini semalam, untuk lebih spesifik, ke Emergency Room semalam.

Pelik ke tak?

Mestilah pelik. Dua kali dah diulangi hospital itu hanya khusus untuk wanita. Bagaimana seorang lelaki boleh dirawat di situ pula?

Yang aku maklum. Pesakit itu datang akibat komplikasi pendarahan daripada bahagian pembedahan alat sulitnya. Daripada vaginanya.

Ini Fakta, bukan AUTA, ini bukan typo.

Apa pendapat anda?

Sebenarnya pesakit itu asalnya wanita muda berada dalam lingkungan umur yang subur, baru sahaja menjalani pembedahan membuang kesemua organ reproduktifnya di Dublin. Dia mengalami komplikasi pendarahan berlebihan daripada pembedahan tersebut. 

Asalnya dia telah pergi ke Accident dan Emergency Department di hospital bersebelahan yang menawarkan perkhidmatan selain daripada perbidanan dan sakit puan. Namun disebabkan dia baru sahaja menjalani pembedahan (kurang daripada enam minggu) maka dia terpaksa berkunjung ke hospital WANITA untuk dirawat. 

Wanita ini telah menjalani sex reasiggnment surgery untuk menukarkannya menjadi seorang lelaki.

Ini baru satu.

Aku Terkejut! Peristiwa Di Depan Mata

Setiap hari Rabu, aku akan bertugas berjumpa ibu-ibu mengandung yang datang untuk pemeriksaan rutin ibu mengandung di klinik. Setelah sekian lama berkhidmat di hospital yang sama, aku semakin selesa dan gembira bekerja di bahagian pesakit luar (Outpatient Area/Department) kerana bidan-bidan yang bekerja di situ mengenaliku dan kami mempunyai hubungan yang baik sekali. 

Sebagai seorang doktor, aku begitu menekankan perhubungan yang sihat dan baik antara rakan sekerja termasuklah midwives, porter, receptionist malah setiausaha kepada doktor pakar perubatan kerana di kala aku perlukan bantuan teknikal dan sebagainya, sungguh mudah sekali! ;]

OK. Berbalik kepada kisah di dalam klinik itu.

Sedikit gambaran suasana di dalam klinik, Di CUMH, setiap seorang doktor akan bertemu ibu mengandung bersama pasangan di dalam bilik berasingan, maknanya private and confidential. 

Sungguh berbeza sekali keadaan jika mahu dibandingkan antara pengalaman aku sebagai seorang doktor di Ireland bertemu pesakit di klinik dengan pengalamanku sendiri menjadi pesakit bertemu doktor di Malaysia (tidak bermaksud negatif , ini hanyalah perbandingan, mungkin boleh dijadikan satu entry di lain masa).

Ibu mengandung ini adalah yang terakhir sekali aku jumpa sebelum waktu untuk berehat dan makan tengahari. Dia masuk seorang diri pada awalnya dan aku lakukan rutin pemeriksaan dan ultrasound

Selesai sudah rutin, secara tiba-tiba wanita ini meminta izinku untuk menjemput pasangannya untuk masuk ke dalam bilik tersebut.

Aku tersenyum dan menyatakan keizinan untuk itu. 

Dan aku terkejut! 

Aku harap riak wajahku tidak terpancar mimik muka yang judgmental kepada pasangan tersebut.

Dua orang wanita di hadapanku duduk dengan riak gembira. Apa yang berbeza di antara mereka?

Seorang wanita mengandung, memakai flowery dress dan melepaskan rambut blonde panjangnya ke bahu.

Seorang lagi wanita berpakaian casual t-shirt dan seluar panjang, berambut pendek, namun masih jelas wajah perempuannya.

Hmmm... (sigh)

Apa yang dapat aku lakukan apabila berhadapan dengan situasi ini di Ireland, dengan keadaan aku seorang muslim dan mereka beragama Kristian?

Malaysiaku

Aku ingin ulangi suara hati ini. Tapi dengan sedikit perubahan.

Apa yang dapat aku lakukan apabila berhadapan dengan situasi ini di Malaysia, dengan keadaan aku seorang muslim dan mereka juga Muslim?

Oh Malaysiaku! Tinggal tunggu murka Ilahi datang menimpa. Tinggal berdoa agar bencana tidak sehebat sejarah...

Ingatlah iktibar bencana yang menimpa umat Nabi Lut atas kesalahan mereka menyalahi norma.

ALLAH Subahana wa Ta’ala berfirman :
قَالَ إِنَّ هَؤُلاء ضَيْفِي فَلاَ تَفْضَحُونِ وَاتَّقُوا اللّهَ وَلاَ تُخْزُونِ  قَالُوا أَوَلَمْ نَنْهَكَ عَنِ الْعَالَمِينَ  قَالَ هَؤُلاء بَنَاتِي إِن كُنتُمْ فَاعِلِينَ
Luth berkata: “Sesungguhnya mereka adalah tamuku; maka janganlah kamu memberi malu (kepadaku), dan bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu membuat aku terhina“. Mereka berkata: “Dan bukankah kami telah melarangmu dari (melindungi) manusia?”  Luth berkata: “Inilah puteri-puteriku (kawinlah dengan mereka), jika kamu hendak berbuat (secara yang halal)”. Al-Hijr : 068-071.
Rasulullah Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda :
Rasulullah s.a.w. pernah menghitung orang-orang yang dilaknat di dunia ini dan disambutnya juga oleh Malaikat, diantaranya ialah laki-laki yang memang oleh Allah dijadikan betul-betul laki-laki, tetapi dia menjadikan dirinya sebagai perempuan dan menyerupai perempuan; dan yang kedua, yaitu perempuan yang memang dicipta oleh Allah sebagai perempuan betul-betul, tetapi kemudian dia menjadikan dirinya sebagai laki-laki dan menyerupai orang laki-laki (Hadis Riwayat Thabarani).
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. melaknat kepada seorang lelaki yang mengenakan pakaian orang perempuan, juga melaknat orang perempuan yang mengenakan pakaian orang lelaki.” Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.
Kemudian selain daripada yang sedemikian itu, adalah terlebih buruk jua adanya laki-laki yang berpenampilan, bertingkah laku baik perkataan dan perbuatannya adalah seumpama seorang wanita. dan lagi wanita yang berpenampilan, lagi bertingkah laku baik perkataan dan perbuatannya menyerupai laki-laki.
“Rasulullah s.a.w. melaknat kepada orang-orang lelaki yang menyerupakan diri sebagai kaum wanita dan orang-orang perempuan yang menyerupakan diri sebagai kaum pria.” (Riwayat Bukhari)

(kredit to blog tausyah.wordpress.com)



No comments:

Post a Comment