Masih ada lagi sinar menanti di hujung sana...
Oh, jangan salah faham. Ini bukan entry penyesalan macam ni.
'kenapalah aku kerja pukul 12 tengah malam ni penat-penat attend orang sakit berdarah di bawah sedangkan hidung aku sendiri tengah berdarah ni..."
~ sambil tangan kiri menekap hidung dengan tisu dan tangan kanan menulis di dalam buku pesakit di ruang rawatan kecemasan di South Tipperary Hospital, Clonmel, Ireland. Oh! (lagi). Ini kisah benar ye. Fakta bukan AUTA. ~
Sejak dua menjak aku duk rumah sepanjang empat bulan, sedikit sebanyak nak refleksi diri dan kehidupan ni. Sejak grad dulu, inilah kali pertama cuti lama sungguh. Paling-paling masa undergraduate dulu pun 3 bulan, tu pun bukan duduk rumah per say, banyak aktiviti pelajar yang aku lakukan, selari dengan tabiat aku sendiri yang tak reti duduk diam.
Berbalik kepada tajuk entry ni, apa ye? Mungkinkah...
1. Penyiasat persendirian (PI)
Yang ni kalau nak tahu, satu daripada tiga cita-cita masa kecik. Selain doktor (betul ke sebenarnya ia cita-cita?), peguam dan PI. Tapi semua pun maklum je, 3 cita-cita ni standard la kalau cikgu tanya kita kena jawab. Kalau sebetulnya, cita-cita tu kena ada satu je, yang lain tu namanya backup plan! Kena ajar kanak-kanak sejak kecik lagi supaya F.O.K.U.S. Baru betul!
Apa yang boleh aku justify dengan cita-cita nak jadi PI ni? Mungkin sebab aku suka tengok McGyver, Star Wars, apa lagi? Mungkin sifat curiosity jugak yang ada dalam diri.
2. Usahawan Peniaga
Aku cross perkataan usahawan tu, sebab rasa macam tak cukup semangat dan ide nak invent barang baru, tak cukup kreatif pun ada jugak. Macam nak buat inovasi dan sebagainya. Jadi perkataan peniaga mungkin lebih sesuai.
Kalau tengok masa sekolah dulu, aku join Kelab Usahawan Muda masa kat MRSM Jasin and IB Business Club kat Banting. From time to time otak asyik berfikir je bila tengok barang and nak jual. Otak nak buat duit orang cakap Aku pernah jual t-shirt and tudung. and pin muslimah, coklat2. Saje2 nak tambah kerja. ;]. Rasa seronok pun ada.
3. Peguam
Ha, yang ni. Selalu bila berbual-bual dengan orang, bila aku cakap aku nak jadi lawyer sebenarnya, pelbagai reaksi aku dapat. Ada yang tersenyum, yang tak cakap apa-apa pun ada. Jawapan klise plak cakap kalau lawyer nanti bela orang salah. Hmmm.. betul ke?
Boleh la nak minta pendapat kawan-kawan yang jadi lawyer apa pendapat diaorg.
Yang pastinya, bila ada kes mahkamah korang g jumpa lawyer gak nak minta pendapat and pertolongan. So kena lah ada orang jadi lawyer. Baik tak baik tu bergantung kepada nilai yang ada dalam diri masing-masing. Betul tak?
4. Penulis
Sedar tak sedar, sebenarnya mungkin aku ada bakat dalam bidang penulisan ni. Cerpen dan puisi. Pernah puisi-puisiku diterbitkan dalam dua bnuah buku terbitan GKLN (Grup Karyawan Luar Negara). Tajuk buku-buku tersebut : Al Andalus Menangis dan Wilayah Cinta. Pernah menjadi editor buku Wilayah Cinta itu sendiri. Pernah menulis cerpen "A Human Is Like A Car?" pada tahun 2008 dan masuk website iLuvislam di bahagian cerpen. Hehe. Bakat terpendam orang kata.
-----------------------------------------------
~ hehe, ni iklan semata-mata. nak tunjuk aku memang Photography Competition masa final Year UCC dulu, gambar tu senior kak Haizum Abdul Rashid ~ note the similarity between the last name ;] )
5. Photographer
Aku boleh terlibat dengan kancah gambar ini bermula di tahun ke-4 pengajian medic. bila aku stat beli dslr pertamaku Nikon D40. masa tu rasa dah best dah. dan dengan dslr tulah aku dapat hadiah untuk competition di atas ;). Sekarang ni lebih kepada suka-suka sahaja namun merindui zaman lampau untuk menangkap gambar. aku suka tangkap gambar scenery and candid pics orang sebab dia lebih natural!
----------
Yang pastinya, sekarang ni selamat sudah aku bergelar seorang doktor. To be specific seorang trainee in Obstetrics and Gynaecology. Cita-citaku nak sambung kepakaran dalam bidang Perbidanan dan Sakit Puan ni (Doakan!). Jawapan klise aku plak kenapa nak jadi O&G ni plak --> memang aku minat before masuk medical school pun. Entah sebab apa pun tak tahu. Inexplicable.
So, kalau ada sape-sape nak minta khidmat nasihat nak jadi doktor ke or nak tanya apa perasaan dah jadi doktor ke nak tanya route nak jadi doktor , camne best ke tak belajar kat oversea, boleh la whatsapp. sms no 0132290199, tak pun emel aimirahayu@yahoo.com. Sementara rajin ni, bolehlah membantu!
Ini dia gambar grad tahun 2010 untuk membakar semangat. Sekarang ni baru habis submit paper untuk Msc Obstetrics and Gynaecology. Tak sure dapat hadir graduation day in February ke tak. Tengok rezeki...
----- updated : Alhamdulilah MSc berjaya digenggam. Hehe...
~ 2010 punya gambar, tak sure nama orang putih tu apa ~
No comments:
Post a Comment