Tinta Kehidupan: Followup , Followup, Followup

Followup , Followup, Followup

Followup?

Apa maksudnya?

"Berterusan atau pengulangan pemantauan terhadap sesuatu yang telah dimulakan."

Dalam hidup saya, ada dua benda followup yang saya dah belajar dan tempuhi.
FOLLOWUP DI HOSPITAL

Sejak bekerja di hospital, sebagai doktor pelatih dan seterusnya doktor senior, acapkali saya perlu berada di klinik berjumpa pesakit yang datang untuk followup. Followup yang paling best sekali ialah followup ibu-ibu mengandunglah, hehe. 

Setiap kali ibu-ibu mengandung ini datang, saya akan bercakap-cakap dengan mereka, bertanyakan khabar dan saat yang paling dinanti-nantikan ialah membuat imbasan bayi (baby scan).

Sebelum saya sendiri mengandung dahulu, rutin imbasan ini seakan satu rutin yang saya sendiri teruja bersama ibu-ibu ini. Hehe. Ambil berkat orang kata. LOL.

Bayangkan semasa membuat imbasan, ada kalanya nampak bayi sedang seakan-akan tersenyum kepada kita. Ada kalanya ibu jari bayi dihisap. Hidung mancung pun boleh nampak. Hehe. Apatah lagi aksi-aksi lain seperti menggaru kepala, atau nampak imbasan yang jelas bentuk kaki dan tangan bayi, sang ibu boleh menangis tau!


(gamabr kredit Google)

Yang paling best bila kita scan baby tu nampak genital area. Ni yang selalu ditunggu-tunggu oleh ibu dan bapa baby sebenarnya. Setiap kali mereka datang untuk followup temujanji dengan doktor, soalan favouritenya ialah 

"Doktor nampak tak baby lelaki ke perempuan?"

" Hari tu doktor yang lagi sorang scan nampak lelaki, cuba Dr. scan hari ni masih lelaki tak?"

(Eh, macamlah boleh bertukar lelaki ke perempuan jantinanya)

Ada lagi.

"Doktor, saya nak scan tengok jantina jerr, yang lain saya tak kisah,"

Hehe. Macam-macam ragam bab nak scan baby ni. Cuma perlu untuk kita semua tahu, bila imbasan bayi berlaku, kita hanya boleh beri 50% keyakinan kesahihan kepada imbasan jantina bayi dalam kandungan. Pernah tak dengar, berkali-kali imbasan semasa kandungan bayi dikatakan lelaki tapi bila lahir bayi perempuan yang keluar? 

Mahu tak terkejut beruk mak ayahnya! Doktor kena saman terus.

Tapi followup inilah perkara yang penting untuk memastikan perkembangan bayi dan kesihatan ibu terjaga semasa mengandung ni. Sebab ujian-ujian saringan kecil seperti ujian air kencing, ujian gula dalam darah, tekanan darah dan sebagainya yang dijalankan semasa sesi followup ini yang membantu kami petugas kesihatan mengesan lebih awal tanda-tanda atau simptom-simptom merbahaya semasa mengandung. 

Jadi jangan sesekali tak pergi temujanji followup anda ok! 

Penting tau!

P/S : Seronok dapat berkongsi hari ini. Lebih-lebih lagi menulis blog ini sambil-sambil masak nasi lemak dan apa lagi terus ngaaaappp! 

Bye-bye calorie count, see you tomorrow!

No comments:

Post a Comment