Tinta Kehidupan: APA YANG BESTNYA JADI DOKTOR O&G NI?

APA YANG BESTNYA JADI DOKTOR O&G NI?

Sana-sini heboh isu nak Dr perempuan sahaja di dewan bersalin (tetiba rasa WANTED pula - ceh - PERASAN!)
Eh, cer tengok video ni http://www.youtube.com/playlist?list=PLoGytlouMpQeU_NZW9JnADpx9eMDYdYg3
Apa pendapat korang? Agak-agak isu Dr perempuan dapat dibantu tak sedikit sebanyak?
Hehe.
Meh la nak cerita apa yang bestnya jadi Dr O&G ni. Mengikut pengalaman teman sendiri la ye.
Bayangkan.
1. Ok mood datang on-call weekend 24 jam tu tidak payah habaq mai la kan. Tapi berita pagi itu sungguh menggembirakan. Kakak senior teman dah selamat melahirkan bayinya.
Tengok gambar 1.
Senyum lebar sambil selfie dengan baby.(tapi orang tangkapkan gambar hehe)
Jadi orang pertama (kalau tak silaplah) datang melawat pepagi tu. Start-start oncall datang terus ketuk bilik kakak ni. Betul dak? So keunikan dan kegembiraan menjadi pelawat pertama tidak tergambarkan.
2. Gambar 2 dan 3.
(I know what you wanna ask! Hehe)
Eh tak. Tu topi hijau pakai khas dalam ruangan Bilik Pembedahan. Masa tu baru sahaja lepas selesai pembedahan twin Caesarean. And what was more exciting was Malaysian twin in Irish hospital by both Malaysian doctors. Kan unik tu?
3. Ok. Yang ni tiada gambar. Lupa pula nak selfie dengan kakak . But I did her third Caesarean assisted by a generous Consultant Obstetrician. And again a Malaysian patient by a Malaysian doctor.
Lepas tu di hari yang lain, waktu lain bulan lain juga melawat bayi-bayi Malaysian di wad bersalin dengan mudahnya tanpa halangan. Midwives sume kenal teman (eeeewaaah!). Postcall muka sememeh pun ok asalkan melawat. Nak cari masa khas bila pula ye tak?
Amacam?
Jodoh kuat berkhidmat dengan orang Malaysia juga. Hehe.
Best tak jadi doktor O&G?
Ada tak teman buat kome terasa nak ambil SPM balik kemudian apply kursus perubatan?
HO-HO ada terasa nak ambil O&G dok lepas baca cerita teman ni?
Cer cite cer cite...
Hehe...
Positive vibes are good at times no?
P/S : Kasi la #LIKE dan #SHARE atau #COMMENT pun best kalau kome berkenan. Hehe.
Nak cite bab sedih jadi Dr O&G pula ka? Itu lain episod laaaa...
P/S/S : Nama sebenar tidak ditag sebab mereka wujud dalam FB. Hehe.
Sekian.
#MedTweetMY
#AimiGYN

No comments:

Post a Comment