Tinta Kehidupan: Penyakit 'Ain

Penyakit 'Ain

[TAZKIRAH]
Antara cara mengelak daripada penyakit 'ain ialah ;

Selalu membaca doa pelindung diri pada waktu pagi dan petang.

Dalam satu hadis menyatakan ,

Kebanyakan mereka yang mati dalam kalangan umat aku selepas qada' dan qadar Allah swt adalah disebabkan oleh anfus (Al-'Ain)

(Hadith direkodkan dalam Musnad at-Tayalisi, At-Tohawi)

Penyakit 'ain diambil daripada perkataan 'ana, yu'inu. Dari segi istilah, 'ain bermaksud :

Kekaguman orang yang melihat dengan sesuatu yang dilihatnya. Kemudian diikuti dengan keadaan dalam dirinya yang tidak baik lalu menyebabkan sebahagiannya ingin meracuni dengan penglihatannya.
Nabi Muhammad saw mengarahkan umat Islam supaya berlindung daripada penyakit 'ain. Baginda menyatakan :

Aisyah menyatakan, "Rasulullah saw mengarahkan aku untuk berlindung (melalui bacaan tertentu) daripada penyakit 'ain."

(Hadith daripada Imam Muslim)
(Petikan buku Fiqh Medik Mini Dr Zaharuddin Abdul Rahman)

No comments:

Post a Comment