Tinta Kehidupan: (Dahulu dan sekarang) Aimi sudah berubah!

(Dahulu dan sekarang) Aimi sudah berubah!

Ye, betul. Tidak dapat disangkal lagi!

Daku sudah berubah. Kalau nak bandingkan diri daku dahulu dan kini. Daku yang dulu bagaimana? Daku yang sekarang bagaimana?



Dulu- dulu, English daku alahai!

Daku masih teringat peristiwa itu. Sewaktu di Tingkatan 2, daku berkumpul mengelilingi meja bersama sahabat-sahabat ketika itu. Daku masih ingat sahabat-sahabatku ketika itu terdiri daripada remaja urban di Subang Jaya, maka keupayaan mereka untuk berbahasa Inggeris dengan fasih sangat baik. Daku? Haprak!

Daku hanya boleh memahami apa yang diperkatakan dalam bahasa Inggeris namun tidak mampu nak membalas percakapan tersebut. Otak daku bekerja keras untuk menyusun ayat-ayat dalam bahasa Inggeris. Bila bercakap, berterabur dan tak sedap dengarnya! Malu, segan dan akhirnya tidak berusaha untuk bercakap dalam bahasa Inggeris. Full stop. Belajar berbahasa Inggeris hanya ketika di dalam kelas sahaja, di luar kelas tidak praktis langsung. Daku sukar mahir berbahasa Inggeris ketika itu.

Sekarang?

Memang benar. Jika kita terpaksa berbuat sesuatu ataupun berada di dalam keadaan/environment yang terpaksa berbahasa Inggeris sepenuhnya, maka kita akan jadi lebih mahir insyaAllah.

Kini, berbahasa Inggeris ternyata lebih mudah dan mungkin tidak keterlaluan dikatakan sejak berada di sana dan bekerja, daku lebih mudah menggunakan bahasa ini dan ia bukan lagi memerlukan daku berfikir untuk berbahasa Inggeris, seperti juga bahasa Melayu. Naturally it flows... hehe.

Sampaikan pernah ada yang mengatakan cara percakapan daku sudah menyerupai orang Irish! InsyaAllah lebih banyak lagi perubahan yang baik perlu dilakukan terhadap keupayaan yang ada ini dan semoga ia berkekalan dipraktiskan di tanahair sendiri. Terutama sekali grammar in writing. Huhu...

Dulu-dulu... daku ada stage fright!

Daku sebenarnya seorang yang semi-introvert tapi suka bercakap. Maka , daku akan jadi ramah kepada yang daku kenal tapi bukan strangers. Percaya tak aku suka duduk dalam gelap? Hehe...

Teringat lagi pengalaman bertanding Badan Wakil Pelajar MRSM Jasin dahulu. Ketar lutut. Kelu lidah bila ada kat atas pentas! (Bukan masa bercinta je orang kata boleh kelu lidah bila nak bercakap depan sang kekasih ye!)...

Otak blank! Beku! Kaku!

Walau banyak mana dah bersedia, tapi bila atas pentas untuk apa jua yang melibatkan persembahan bercakap dan sebagainya, hancur orang kata! Sedih juga namun itu sifat yang tidak dapat diubah dahulu.

Sekarang?

Itu dulu. Walaupun daku masih lagi mengekalkan sifat pemalu (wek!), tapi daku kini sudah boleh beramah mesra dengan strangers (jika perlu). Kenapa? Mungkin sebab nature kerja yang selalu berjumpa dengan strangers yang memerlukan daku bercakap dan mendapatkan kepercayaan dan kerjasama mereka dengan cepat. Mungkin banyak sungguh kelas komunikasi yang aku attend masa zaman universiti dahulu membantu merubah diri ini. 

Dan sekarang daku suka bercakap, sharing, memberikan talk, berusrah dan sebagainya. Alhamdulillah. Perubahan demi perubahan yang daku rasa lebih mendekatkan diri kepada masyarakat dan memudahkan daku menabur khidmat bakti. ;]. Dan yang lebih penting, hilang dah stage fright!

Oklah, just nak share online health talk ni, Sesuai untuk semua, wanita dan lelaki yang ada mak, adik perempuan, kakak, isteri. Given by yours truly ;]


Kalau nak baca lebih lanjut, boleh klik link artikel di bawah ini


Yours truly, 


No comments:

Post a Comment