Tinta Kehidupan: (Aimi&Buku) Saya dan awak memang perlukan ini!

(Aimi&Buku) Saya dan awak memang perlukan ini!

Pernah tak terfikir macam mana nak kekalkan ingatan terhadap apa jua yang kita baca seminit yang lalu?

Pernah tak mengalami 'short-term-memory lost' bila kita cuba recall apa yang kita dah baca semalam?

Jika jawapan anda Ya untuk kedua-dua soalan di atas, sila baca apa yang saya nak cakap ni. Kalau jawab Tak, samada anda ada magic power atau superbionic memory, meh ajar saya sat!

Apa yang kecoh sangat ni?

Beberapa ketika yang lalu, saya telah membaca artikel ini. Artikel mengenai bagaimana sepatutnya cara yang terbaik untuk kita praktikkan supaya bila kita belajar sesuatu yang baru, atau ingin pastikan apa yang kita belajar melekat dalam minda kita buat selama-lamanya. Berlawanan dengan apa yang kita faham, kita sebenarnya tidak pernah diajar pada memula sekolah dulu, macam mana nak belajar. Instead kita diajar apa yang orang nak kita tahu.

So be my guess, what did I do next?

Yes, I bought the book!!!



(Gambar ihsan phone sendiri . This is the actual book of mine)


Dulu dan seminit yang lalu

Fuuh! Baru baca preface dan tajuk pertama buku ini 'Learning is misunderstood' dah berpeluh. Penat! Asyik kata Ya untuk setiap claims dan statement yang dibuat dalam buku itu.

Izinkan saya perbetulkan ayat saya di atas. Sebenarnya sejak dulu lagi kita sudah belajar dengan cara yang salah, cara yang merugikan masa dan tenaga, cara yang jauh daripada mengoptimumkan masa dan tenaga dalam pembelajaran. But fret not! We can still change for the better!

Buku ni bersifat santai sebenarnya tapi apa yang saya kena bagitahu buku ini sebenarnya adalah evidence-based work daripada dua orang cognitive psychologists yang mengumpulkan data-data daripada banyak research yang berkaitan dan menjadikannya sebuah buku.

Tapi jangan keliru, bila mana ianya menjadi sebuah buku, tidak bermakna ia berbentuk research paper dan ayatnya BORING, hehe. Ayatnya berbentuk penceritaan dan mudah je untuk dibaca.

Dua asas utama cara belajar yang efektif daripada buku ini --> Pengulangan yang berjadual untuk idea utama dan interleaving of different but related topics maksudnya belajar tajuk yang berbeza tapi ada perkaitan. Kenapa? Kerana konsep mengaitkan satu-satu perkara dengan perkara yang lain dapat menguatkan memori kita terhadap sesuatu topik itu.

Buku ini untuk mereka yang nak belajar macam mana nak belajar dengan lebih baik dan mengingati perkara dalam long-term memory, mahu menjadi lebih efektif dalam pembelajaran, untuk pelajar dan guru yang pentingkan effective learning dan untuk mereka yang ingin mengabdikan diri dalam ilmu (lifelong learners) seperti saya. (Hoho!)

Nanti-nanti dari semasa ke semasa saya akan kupas/review buku ni ye. Untuk share the knowledge insyaAllah. Can't wait!

Oh ya. Kalau anda nak beli buku ni, boleh pergi ke link ini, Aimi dah cek di Kinokuniya harganya RM110, boleh dapat lebih murah di Bookdepository.com harga less than RM100 pun, FREE POSTAGE lagi.

Tapi kalau nak beli tapi takde kredit kad ke apa, Aimi boleh tolong belikan.

=====================================================

Macam mana ye? 

Ikuti langkah-langkah berikut :

1. Pergi ke laman sesawang BookDepository dan pilih buku-buku yang diingini. Kalau nak buku ini, klik sini.

2. Emel saya di aimirahayu@yahoo.com dengan butiran berikut.

a- Nama penuh

b- Alamat kiriman buku (preferably alamat rumah bukan alamat pejabat atau PO Box)

c- Nombor telefon

d- Buku dan link buku dari laman BookDepository (link ini penting kerana satu-satu buku ada terbitan berbeza dan harga juga berbeza jadi pastikan link buku adalah sama dengan buku yang anda pilih)

e-Jumlah bayaran

(Cara mengira jumlah bayaran buku adalah seperti di berikut ;

Harga buku (dalam matawang EURO) x 4.3 (conversion rate - nilai tetap)

Contoh pengiraan ;
Katakan harga buku dalam EURO ialah 
EURO 2.3 . 

Maka jumlah bayaran anda kepada saya 
= (2.3 x 4.3) 
= RM 9.89

dan FREE POSTAGE ok! so jangan risau. cuma masa penghantaran bergantung juga, akan ambil sedikit masa.

Pembelian di Bookdepository.com adalah lebih murah boleh jadi berpuluh ringgit beza daripada beli di Malaysia tau. plus FREE POSTAGE! 

3. Jika jumlah bayaran dipersetujui, maka deal is done! Masukkan duit tersebut ke akaun saya (nombor akaun akan diberikan dalam emel balasan).

4. Sit back and relax and wait for your book (s) to arrive! Postage is done straight from United Kingdom by BookDepository and delivery times are varies. Kesabaran amat perlu di sini. ;). Jika anda tidak menerima kiriman buku dalam masa sebulan atau lebih, boleh emel saya balik untuk tindakan lanjut.

Baca perihal laman ini di sini.

Easy peasy!

Jom baca buku!

Nantikan update seterusnya perkongsian review buku ini.

Yours truly,


No comments:

Post a Comment