Tinta Kehidupan: NAK KAHWIN LAIN SEBAB NAK ANAK LELAKI?

NAK KAHWIN LAIN SEBAB NAK ANAK LELAKI?

Beberapa isu yang teman nak ulas.

1. Bersyukurlah dengan kurniaan Ilahi. Ada orang kahwin bertahun-tahun nak hamil pun payah, ada yang hamil asyik gugur pun ada.



Kata kunci : SYUKUR

2. Weyh, hangpa belajar Sains tak masa sekolah dulu? Ke tidoq masa cikgu ajar ni? Buka buku balik. Ulangkaji jangan keluar statement macam tu.

Tahu tak penentuan jantina anak ni datangnya daripada kromosom sperma lelaki?

Kromosom suami XY. Isteri XX.

Salah satu kromosom suami apabila dapat ke isteri, percantuman contohnya X daripada suami dan X daripada isteri, anak akan jadi perempuan ye.

Kromosom Y suami+ X isteri, anak akan jadi lelaki.

Sebab tu peluang nak dapat anak jantina lelaki atau perempuan 50/50.

Jadi, kahwin la beberapa orang sekalipun, kalau kromosom suami yang bercantum tu X sahaja, maka itulah rezeki.

Kata kunci : ILMU

3. Isteri tu dah bertarung nyawa lahirkan zuriat, tolonglah hargai. Janganlah keluarkan statement (dangkal) macam tu, di kala masa juga kurang sesuai.

Kata kunci : HARGAI

Link cerita asal daripada seorang doktor ada di sini 

#AimiGYN

No comments:

Post a Comment