Tinta Kehidupan: Yang baik-baik sahaja

Yang baik-baik sahaja

BERFIKIR YANG BAIK-BAIK SAJA
""""""""""""#####""""""""""""""

Apa yang kita fikir sebenarnya mencorakkan tindakan kita. Betul tak?

Orang kampung teman cakap "positivity attracts positivity, negativity attracts negativity."

Dalam Islam pun ajar gitu juga.

Hadis Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.” H.R. Abu Hurairah

Bila kita dah setkan dalam minda, kita tidak boleh berjaya, kesudahannya memang tak leh GO. Likewise! Cer try.

Jadi apa yang penting nak buat hari ini?

BERFIKIR YANG BAIK-BAIK SAHAJA!
Be positive!

Simple!
Hehehe.

#AimiAbdulRashid
#LifeMotivation

No comments:

Post a Comment