Tinta Kehidupan: Terima kasih anak (memori 7 Ogos 2015)

Terima kasih anak (memori 7 Ogos 2015)

Hari ini tanpa ada rehearsal atau praktis berjalan, seorang bayi yang kian menghampiri umurnya setahun telah begitu yakin memanjat tangga.

Bayangkan diri yang tidak teguh lagi untuk berdiri sendiri apatah lagi berjalan, gigih memanjat tangga, menapak dan melipat kakinya merangkak mendaki satu demi satu anak tangga.

Mungkin tekniknya sedikit silap. Dirinya masih terhuyung-hayang menstabilkan diri. Masih belum mampu berdiri sendiri.

Saya belajar sesuatu daripada aksi anak ini hari ini.

Dalam hidup ni, jika inginkan sesuatu kejayaan, buat je. TRY AND ADJUST.

Jika salah atau kecundang, paling kurang kita tahu usaha kita dan juga tahu apa yang perlu ditambahbaik untuk mencapai apa yang kita mahu.

Usaha dan usaha lagi sampai jadi.

Kalau tak usaha, macam mana manusia nak pandai berjalan dan berlari kan?

No comments:

Post a Comment