Tinta Kehidupan: Sorry, your theory is rejected!

Sorry, your theory is rejected!

                                            

"Don't you say that you guys are still virgin?"

Ini sahaja yang aku ralat sedikit untuk menjawab. Pengakuan yang boleh mengundang bencana.

..........

Hari ini, dalam jarak masa kurang 12 jam, meninggalkan waktu lalu, menandakan telah hampir seminggu keberadaanku di bumi Ireland. Kembali untuk menuntut ilmu Allah swt yang luas, yang tidak terbandingkan. Seperti tahun-tahun lepas, pemergianku masih dirasakan sayu oleh diri. Masih rasa antara sebak dan suka untuk kembali dalam perjuangan mencari keredhaan Allah swt dalam kehidupan yang fana ini.

Aku tiba di bumi Cork seawal petang mula menampakkan diri Ahad yang lalu.

Sepanjang perjalanan dalam Aer Lingus, kebosananku yang disangkakan pada awalnya (memandangkan tiket sebelum ini dibeli secara sendirian) terisi dengan kehadiran seorang teman sekelas di UCC (University College Cork) yang berasal dari Kuwait.

Sepanjang perbualan kami, pelbagai isu yang dibangkitkan.

Aku cuba menimbulkan isu 'klise' umat Islam sekarang, dan isu pertama ialah isu 'couple'. Kuwait yang sekarang ini dilihat lebih mengagungkan Amerika jangan terkejut kerana mereka masih melihat bahawa budaya 'couple' is a big no-no. Sahabatku ini sendiri, tiada keinginan untuk itu, baginya ia satu larangan dalam agama dan adat mereka.

"So are you guys always involve in arranged marriage?" soalan yang kurasakan perlu dirungkaikan olehnya.

"Begini, jika ada seorang lelaki yang ingin mengahwini saya, dia akan minta ibubapanya pergi berjumpa ibubapa saya, 'asking for my hand'. Begitulah." Dia berbahasa Inggeris denganku,

Sungguh bagus pengamalan mereka kerana inilah yang sebenarnya paling baik dilakukan demi menjaga kesucian perkahwinan itu sendiri. Bukan seperti sekarang apabila manusia semakin tidak kenal batasan-batasan yang telah digariskan Islam.

Namun terselit kerisauan dalam bicara sahabatku ini kerana bumi Kuwait kini telah berubah jati diri manusianya kerana mereka telah berkiblatkan pemakaian yang bagai tidak cukup wang itu. Walhal majoriti rakyat Kuwait adalah di kalangan mereka yang berkemampuan, pastinya punya wang untuk membeli hatta berela-ela kain membuat baju menutup aurat.

Entahlah, apa yang cantik di pandangan mata pabila mana kulit badan di'bakar' di dunia.

Aku sendiri terkejut apabila dia bercerita selingkar isu 'couple' ini dengan membandingkan Kuwait dengan Malaysia.

Frasa perbandingan yang lebih tajam iaitu "we don't couple, not like Malaysian" seakan menghukum semua pelajar Malaysia, terpalit pada satu dosa yang sama. Aku terpana dan merasakan ia satu pernyataan yang perlukan pembetulan.

Peneranganku dirasakan perlu memandangkan ia bukan perkara yang benar pada hematku.

Dosa ini aku tanggung, dosa melihat budaya 'couple' berleluasa di Malaysia dan juga di sini. Dan dibahuku ini jugalah terletak tanggungjawab meletakkan ia satu noktah pengakhiran.

Isu kedua ialah isu bertudung dan sahabatku ini sendiri yang mengutarakannya. Aku sendiri merasakan ia adalah satu isu yang acapkali didengar dan kehidupan yang semakin dewasa ini menampakkan keakraban ia dengan hidupku.

"Bagaimana untuk melunaskan persoalan seorang bukan Islam seputar pemakaian tudung atau hijab ini sekiranya ada di kalangan Muslim itu sendiri tidak bertudung?"

Tidak adil untuk aku menghukum mereka dengan jawapan yang aku sendiri tidak punya kuasa untuk menentukannya.

Sahabatku menggunakan perkataan 'choice' sebagai satu kata yang menerangkan pilihan 'Muslims without hijab'.

Benarkah ia satu pilihan?

Seakan terangkat keningku mendengarkannya buat kali pertama, saat dia menerangkan asbab kata itu yang dipilihnya.

Fikiranku cuba mencerna. Aku tidak bersetuju walhal Islam sendiri agama yang telah menggariskan aurat sedemikian rupa.

Jika Islam agamamu, apa hakmu menidakkan suruhan dan larangan-Nya?

--------------------

Perjalananku yang panjang selama 14 jam kian ternoktah dan yang terakhir ialah menaiki sebuah teksi untuk sampai ke rumah.

Teksi-teksi di sini kelihatan tidak sama dari segi penggunaan kereta. Kadang-kadang rasa macam orang kaya naik kereta yang besar dan jika di Malaysia, itu kereta orang-orang kaya sahaja.

Kisah dalam teksi ialah manifestasi sebenar tajuk cerita ini.

Seperti biasa, dalam teksi yang besar itu, perbualan mengenai cuaca yang paling awal. Aku cuba berinteraksi sebaik yang mungkin dengan pemandu teksi demi menjadikan ia satu perbualan yang dapat memberikan pulangan. Bagaimana tu?

Tidak perlu aku bersusah-payah mencari atau berfikir isu, pemandu teksi (selepas ini aku bahasakan 'uncle' dalam cerita ini) sendiri yang memandu perbualan kami kepada perkara seputar Islam.

Masih isu 'klise' namun ia satu yang segar kerana datangnya pertanyaan dan persoalan itu daripada seorang Katolik Kristian.

"I just wanna ask you, why do you wear your scarf? Don't get me wrong here, you guys look beautiful in it, but why?"

Aku hanya tersenyum dan kembali memandang ke arah Uncle dengan jawapan yang kuharap mampu menyelesaikan persoalannya. Aku cuba menerangkan Islam itu hidup apabila konsep Ubudiah dan Rabbaniyyah itu diamalkan, pendek kata semua yang dilakukan oleh umat Islam adalah keranaNya. Masih aku ingat kata-kataku sendiri,

"Islam is the way of life. You have complete guidance in Islam, Islamic banking, slaughtery ways, family life and etc."

Sebaik mungkin aku cuba menanamkan pemahaman tentang Islam dalam diri Uncle memandangkan pengetahuannya tentang Islam secebis cuma. Alhamdulillah dia seakan berpuas hati dengan jawapanku ini dan tibalah persoalan yang kedua.

"Do you...you know, do...?"

Aku seakan dapat mengagak apa yang ingin disampaikan oleh Uncle dan aku cuba menyambung pertanyaannya. Dia mengangguk dan tersenyum sambil berkata, "I dare to ask about this because you look open."

Aku kembalikan persoalannya dengan jawapan yang seakan sama seperti sebelumnya. Tanggungjawab, kepatuhan, suruhan dan larangan Allah swt aku tekankan serta contoh-contoh yang perlu.

"How about if both of the parties agreed to do so? No one will know. Life is short. You have to enjoy it!"

"That's not the way to do that. God knows. In fact God knows everything. You can enjoy your life, but enjoy it the right way. No problem."

"Don't you say that you guys are still virgin?"

Ini sahaja yang aku ralat sedikit untuk menjawab. Pengakuan yang boleh mengundang bencana.

Teringat satu cerita 'senior'ku di sini seputar perbualannya dengan seorang Irish. Ianya tentang isu yang sama iaitu dan akhirnya perbualan itu berakhir kepada 'senior'ku ini menyatakan bahawa semua Muslim 'girls don't have sex before marriage ' (pernyataan pukul rata).

Satu pernyataan yang mengundang ekspresi muka yang tidak sedap dipandang pada muka Irish itu.

Aku harapkan dengan ini, semua muslimat akan lebih menjaga diri di luar sana, terutama sekali yang berada di negara orang ini. Takut pulak memikirkannya bila ada orang Irish yang berfikir sedemikian rupa. (muslimat di mana-mana jua perlu sentiasa berwaspada akan keselamatan diri masing-masing dan teman-teman ye!)

Bila aku menekankan kebenaran isu ini, Uncle tertawa.

Dia cuba membandingkan dengan analogi membeli kereta.

Sebelum membeli kereta, pastinya ingin dicuba kereta itu dulu. Sedap ke tidak untuk dipandu dan seterusnya barulah dibeli.

Aku terdiam. Sungguh singkat pemikiran Uncle ini rupanya. Ada ke patut disamakan kereta dengan manusia?

"Human is not a car. Human do has feeling."

Dia cuba membawa pemikiranku kepada cerita dirinya yang telah rujuk semula sesudah 6 tahun bercerai.

Tentang bagaimana perubahan kehidupannya selepas rujuk semula dan itulah antara isi kata-katanya di akhir-akhir perbualan kami.

Aku hanya menambah di mana yang perlu dan kembali menerangkan tentang Islam kepadanya. Uncle ingin mengetahui tentang Islam dengan lebih lanjut dan aku ambil nombor telefonnya sebagai satu janji menemukannya dengan orang yang lebih patut dia ketemu.

Sejenak aku terfikir,

"So Uncle, your test drive hadn't work for your marriage.Theory is rejected."

#AIMIGYN

Nota : Kisah-kisah benar diolah dan diselit mesej yang sahih.

|| A human is like a car? tajuk cerita ini. Nukilan saat masih di bangku sekolah perubatan sekitar 2008. Semoga bermanfaat! ||

Follow | Like | Comment | Share untuk perkongsian dan cerita yang memberiTAHU dan memberi ILMU untuk kesihatan semua. 😍

Media sosial :
FB : facebook.com/aimirahayuAR

No comments:

Post a Comment